11 September 2011

Asal Usul Hantu

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalanganjalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… ….kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai -balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermuladi suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuhdari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya.Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakanseorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyikdengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawanmenggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerjasebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerangkangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya daribelakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnyaialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempattinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak- Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yangsangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak -Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya.Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satukampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik sepertikurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni sukasangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlahdia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!