20 September 2011

Xtau nk buat apa ....

haippp ..... 
dah beberapa minggu dah x up to date ....
xtau lah nk cita apa .... 
skarang ni otak dah mcm blur2 ...
apa-apa pon aku ni sihat ja .... 
cuma 2 3 hari ni sakit pala gan cirit birit ...
adakah aku salah mkn .....
atau pon aku x mkn nasik 2 3 ari .... 
xtau lah kan ....
skarang ni pon aku dah susah nk tidur mlm .... dok mengadap game ja pon .... 
hati rasa nk tdoq ... tpi mata xleh nk pejam ... WTH lah ....
ni nanti nk kerja lagi ....
bila time kerja pulak megantuk melampau2 ....
adesss ......
ada sapa leh tepukkan aku tiduq mlm2 x ..?? 
hahahahahahahahaah ....
klah ,..... dah agak bosan ni ....
xtau nk tulis apa lagi .... 
nk try tdur tengok .......
harap2 jp lagi nk g kerja aku jaga la .... jgn lajak lagi ... :P 


BYE ALLLLLLL
SELAMAT MALAM .....

MAKANAN PENYEBAB LUPA

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

10 jenis tangisan

  1. Terdapat 10 Jenis Tangisan di muka bumi ini yg perlu anda tahu:-

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik-pura-pura menangis.


"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Baik, Lebih Baik Atau Terbaik?

“Baik, Lebih Baik atau Terbaik?” Setiap diantara kita tahu akan ungkapan ini yang biasa didengar dan digunakan dalam kehidupan harian. Ianya biasa digunakan dalam tingkah laku gaya hidup harian kita, dalam setiap gerak kerja kita, impian mahu pun cinta. Namun persoalannya, di antara ketiga-tiga frasa tersebut yang manakah benar-benar paling mewakili diri kita sendiri.

Ramai di antara kita mahu menjadi yang terbaik dalam hidup ini termasuklah:

1) anak lelaki/perempuan
2) suami/istri
3) ibu/bapa
4) pekerja yang baik
5) saudara yang baik atau mungkin
6) seorang pencinta yang baik

Walauapa pun ia, setiap di antara kita mahu menjadi yang terbaik dalam hidup. Namun, adakah setiap di antara kita sudah dapat mencapai apa yang kita mahukan.

Mungkin sukar untuk kita menjadi seorang yang baik. Sebagai manusia terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dalam hidup ini tapi harus bijak untuk menghadapi dan mengawalnya dengan baik. Bagi umat Islam, kita harus percaya Allah S.W.T sentiasa memberi ujian yang setimpal dengan kemampuan hamba-hamba-NYA. Setiap ujian yang diturunkan kepada kita oleh Allah S.W.T adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kesabaran kita.

Sebagai hamba-NYA, kita tidak mampu untuk menghadapi ujian dari-NYA. Namun bila difikir secara mendalam, ianya adalah sebagai tanda Allah masih sayangkan kita sebagai hamba-NYA. Kita hanya boleh berusaha untuk menjalani ujian-NYA dengan baik dan percaya setiap pertolongan yang juga datang daripada-NYA. Berdoa dan percaya bahawa Allah S.W.T. mendengar dan sentiasa menolong hamba-hambaNYA tanpa keraguan. Maka, kita boleh meningkatkan kepercayaan kita kepada-NYA dan ianya sebagai salah satu medium untuk menjadi orang yang soleh dan baik di sisi-NYA.

Kita hidup di dunia hanyalah sementara, kita akan meninggalkan semua perkara-perkara yang selesa pada bila-bila masa sahaja seperti yang ditentukan-NYA. Jika kita rasa diri kita tidak seberapa baik, cuba untuk menetapkan agar dapat menjadi seorang yang baik. Bukan hanya untuk menjadi terbaik di kalangan manusia tapi juga terbaik di sisi-NYA.

Kita tahu kita berada di mana, ingin menjadi manusia yang terbaik di antara yang terbaik. Semoga berjaya. Amin

11 September 2011

Asal Usul Hantu

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalanganjalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… ….kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai -balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermuladi suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuhdari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya.Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakanseorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyikdengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawanmenggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerjasebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerangkangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya daribelakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnyaialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempattinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak- Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yangsangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak -Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya.Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satukampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik sepertikurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni sukasangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlahdia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

10 September 2011

aurat oh aurat

Apakah islam?

islam adalah satu agama yang mengajar cara hidup seseorang insan itu. Mungkin ramai yang tersalah anggap bahawa islam itu diturunkan untuk mengongkong umatnya daripada terus-menerus bebas melakukan apa sahaja yang diingini. Salah satu daripada ajaran islam yang mana mewajibkan umatnya untuk patuh adalah hukum menutup aurat. Kenapa islam menyuruh umatnya untuk menutup aurat?. Kenapa tidak dibiarkan sahaja umatnya bebas untuk berpakaian seperti mana yang dia kehendaki?.

Salah satunya adalah supaya perempuan itu menghormati hak perempuan lain dan hak lelaki ajnabi. Namun, apakah yang dimaksudnya/kaitanya dengan menghormati perempuan lain kalau kita tidak bertudung sekalipun?. Tahukah anda bila kita bertudung, kita akan dapat membantu lelaki lain daripada meningkatkan nafsu shahwatnya yang semakin bergolak tambah-tambahan bila usia lelaki itu semakin dewasa dan nafsunya untuk menikmati wanita akan turut meningkat. Jadi, apabila seoorang lelaki melihat wanita tidak menutup auratnya, sebenarnya nafsu didalam jiwanya akan lebih membara dan keinginanya untuk menikmati wanita akan turut meningkat.

Ya. Mungkin anda bukan mangsa pemerkosaan lelaki tersebut. Tapi bagaimana pula dengan wanita lain?. Wanita yang tidak bersalah?. Mereka pula yang menjadi mangsa kes pemerkosaan akibat daripada gejolak nafsu yang tidak dapat dikawal lagi pada ketika mereka ingin menikmati seorang wanita. Akibatnya, seorang wanita yang sepatutnya dihormati kini dicabuli hak dan kehormatanya akibat daripada sikap acuh tak acuh kita dalam usaha membendung masalah ini. Itu baru kes menghormati hak wanita lain.

Bagaimana pula dengan menghormati lelaki lain?. Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa apabila kita membuat nafsu mereka bergelojak. Sehinggakan mereka tidak mampu lagi menahan nafsu mereka dan terus melakukan perbuatan yang mana dapat menyusahkan perempuan lain atau mungkin juga mereka akan melanggan pelacur yang semamangnya berada di merata tempat. Apabila lelaki tersebut melanggan pelacur, kebarangkalian untuk dia mengidap HIV adalah amat tinggi dan ini akan menyebabkan dia menerima penderitaan sepanjang hayatnya. Apabila seorang lelaki mengidap HIV, dia tidak lagi dapat berkahwin dan bagaimana dia ingin menunaikan kehendak nafsunya yang inginkan seorang wanita. Mungkin tidak ada jalan lain dan cara yang paling baik yang dia ada adalah dengan merogol perempuan lain dan ini sekaligus akan meningkatkan lagi pengidap HIV di dalam masyarakat kita.

Kenapa kita perlu menutup aurat sedangkan ramai lagi yang masih tidak menutup aurat. Wahai saudari-saudari yang dikasihi. Percayalah, dalam membentuk sebuah masyakat yang harmoni, segalanya bermula daripada kita. Jika kita tidak memulakan, siapa lagi yang akan mengikut jejak langkah kita. Samalah dengan kes membogelkan diri. Pada zaman dahulu mungkin tiada lagi orang yang berani membogelkan diri dikhalayak ramai, tapi bermula di beberapa negara di barat, sekarang ia sudah banyak dicontohi oleh negara lain dan semakin hari kita lihat, semakin banyak mereka yang sanggup membogelkan diri bagi menunjukkan bahawa mereka berani dan tidak ada sesiapa pun yang mampun mengongkong mereka bagi memberikan maruah mereka kepada orang lain.

Kepada saudari-saudari sekalian, penulisan kali ini bukanlah untuk menujukan kesalahan kepada golongan wanita, tatapi adalah bertujuan supaya wanita dapat menjadi pendorong kepada penambahbaikan masalah sosial di dalam negara kita. Ingatlah, jika kita boleh menjaga kehormatan kita, orang lain pun akan menjaga kehormatan kita. Tapi jika sebaliknya, kita tidak ubah dipandang sebagai perempuan murahan.

Segalanya bermula dengan kita

Sekian

sumber (www.tentangkita.org)

7 September 2011

demam ok demam !!!! =.=''

assalamualaikumm..... dah beberapa hari x update blog nih !!!
hmmm.... xtau nk tulis pa yg menarik !!! 
ni pon tengah blur² ja nih ....
btw, sorry to all my frenz sebab N/S hari isnin gan hari ni rabu !!!
badan aku x sihat lah !!! 
hari selasa g keja pon x sihat jugak !!! tpi paksa jugak diri untuk pergi kerja .... 
last2 apa pon x boleh ... buat kerja pon jdi huruhara ....
pala otak aku sakit uh !! badan pon lemah !!! rasa loya² nk muntah pon ada jugak !!! 
hmmmm.... xtau lah !!! aku pergi ambik ubat pon doktor tu x bagi MC ...
sampai hati !!! :'(
hurm.... aku pon xtau dah ni nk kata cm mana dah !!! 
out !!!!

3 September 2011

Hari-hari yg memenatkan !!!!!!

Assalamualaikum semua !!! 
selamat petang n selamat malam n selamat sembahyang magrib :P !! 
hari 2nd day kerja open !!! 
tpi hari aku lambat lah !!! hahahahahaha !!! open kul 7 kul 8 baru sampai !!! 
nk tau kenapa !!! haaaa~ 1st day aku open kerja penat uh !!! kerja kul 7 smpai kul 10 2 org ja !! 
kalau costermer xde xpe !! ni coster in in in in in dan terus in !!! adoiiiii !!!! 
so keje teruk lah sikit !! aku la buat beger . aku la masak telur . aku la masak muffin !!! 
semua tempat aku buat lah !!! keje open sorang lak tu !!! yg lagi sorang xdtg !! masih kt kampung katenye !!! 
mak x bagi balik sbb demam !! alahai !!! =.=''
tpi xpe lah biarkan die !! hahahahaha !! 
berbalik cite tempat keje aku tuh !!! haaaaa~ 
start kul 9 lebih smpai la aku balik (kul 6pm ) costemer in in in in !!! adoiiii !!!!
semak pala otak tengok !!!!! 
yg maneger pulak keja mcm crew !!! sat buat beger , sat cancel , sat refan , sat kira buat !!! 
wahhh~ macam - macam !!! 
sapa² yg cuti untung lah hari jumaat tuh ~ yg cuti tuh xpa lah sbb dapat cuti !!! 
yg no shoe tu untung la kan !!!! 
yg m/c tu lagi untung !!! waawawwawawawwwawwaawa !! 
dah 2 hari dah keja kluar tengok bulan balik pon tengok bulan !!!!
harap-esok xdak la !!! ^_^
BTW aku nk relex !! then nk tidoqqq ~~ haahahahaha penat uh !!!


untuk sapa² yg baca blog ni 
.:: SELAMAT KEMBALI BEKERJA SEMUA ::. 
^__^

31 August 2011

=.=''

assalamualaikum ....
dah 2 3 hari x update blog nih !!! adessss !! 
xtau nk update apenye !!! 
BTW . SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!!! 
MAAF ZAHIR je tau !!! 
batin xde lagi !!!!!! Hahahhahahahahahahahahaha 
macam mana raya korang semua ???? BEST ??? 
wawawawawawawa ..... 
raya aku cm biasa la !! relex ja !!! aku raya sambil kerja !!! :P
boleh cm tu !!! tpi ok la !!! dapat jugak makan lemang !!! 
.:: LEMANG DIMASAK DEKAT GDRILLL ::.
haaaaa~ bestkan lemang tu !!! 
tpi untung la korang raya dapat makan ketupat ape semua !!! 
aku kt cni dpt mkn ni jeee~
=.='' 
ok tak ?? waahahahahahaha !!! 
bak kate maneger saya !!
'' org raya nk makan ketupat bukan beger '' 
''org raya nk pakai baju raya bukan bukan baju hutam belang-belang ''
'' uwaaaaaaaaaaaaaa '' 
hahahahahahaahahahaha !!! cian die aku tengok !!! tpi xpe aku tau die kuat !!! 
tabahkan hati ye maneger uh !!!! 
nanti taun depan balik kampung pulak raya !!! ^_^
ok lah semua !!!! 
aku pon dah xtau nk merepek ape dah !!!!! 


SELAMAT MALAM SEMUA !!!!

28 August 2011

bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnn~~~

alahaiiiii~~~ sangat bosan dipagi hari nih !!!
xtau nk buat apa nihhhhh ~~~